Pages

Pages

Monday, June 14, 2021

IKAN SINGGANG KELANTAN


Pagi tadi saya beli ikan tongkol drp adik yang selalu datang jual ikan dengan motosikalnya.. saya xtahu nama penuh adik tu.. kami (jiran sekitar rumah saya) pembeli setianya hanya memanggil nya dengan gelaran yoe sj. Hari ni, yoe bawak ikan tongkol, lala, udang dan ayam sj. Melihat akan kesegaran ikan tongkol yang Yoe bawa tu.. terus terlintas di fikiran saya untuk memasak IKAN SINGGANG. Saya minta Yoe potong2 ikan tersebut menjadi blok2 yang senang untuk kerja memasak saya nanti.

Di Kelantan, Ikan tongkol kami panggil ‘ikan ayo’. Ikan tongkol ni ada 2 jenis yang saya tahu.. kami panggil ikan ayo putih dan ikan ayo hitam. Saya suka menggunakan ikan ayo hitam kerana isi ikan tersebut tidak lembik jika berbanding dengan ikan ayo putih. Isi ikan ayo hitam seakan-akan ikan tenggiri.. saya selalu juga memasak ikan singgang ni dengan menggunakan ikan tengggiri.

Sebelum tengahari, saya keluar bersama suami ke pasar berdekatan utk mendapatkan ulam-ulaman. Masakan ikan singgang ni tidak sah jika tidak dimakan bersama ulam-ulaman dengan budu. Tak banyak ulam-ulam yang ada. Hanya putik jagung saja yang ada. Akur dengan rezeki kami pada hari ini.. Putik jagung ni pon tidak kurang sedap nya.. hanya celur sahaja dapat membangkitkan selera jika kena dengan menu hidangan yang kita sediakan. 

Apa apa pun jom kita semak resepi ikan singgang kelantan versi saya 

Bahan bahan:
1/2 ekor ikan Tongkol hitam bersaiz besar
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris nipis
3 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa
1 1/2 sudu teh rempah ketumbar- ditumbuk kasar
2 tangkai Cili kering - dipotong 2
Bendi - dipotong 2

Cara2:
Masak air dan semua bahan kecuali ikan, cili kering dan bendi. Setelah menggelegak, masukkan ikan. Masukkan cili kering, garam dan serbuk perasa.. sesuaikan rasa. 

Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Setelah bendi lembut, bolehlah tutup api dan diangkat. Boleh sediakan untuk dihidangkan.





Mudah bukan.. satu lagi.. anak-anak saya memang sangat sukakan masakan ikan singgang ulam budu ni. Cuma mereka tak suka makan isi ikan didalam kuah ikan singgang ni. Meraka hanya suka makan ikan goreng sebagai lauk kepada hidangan ini. Jadi, saya memang kena menyediakan lauk goreng untuk mereka. Untuk mengelakkan pembaziran, saya angkat isi ikan tersebut, dan lumurkan isi ikan tongkol yang diangkat dari kuah tadi dengan garam dan kunyit untuk saya goreng semula. Alhamdulillah semua anak2 saya makan dengan berselera dan tiada pembaziran. Saya masih ingat lagi ketika saya memasak ikan singgang ni, kerap berlaku pembaziran kerana meraka tidak makan isi ikan di dalam kuah. Sayang rezeki dibuang, sehingga terfikir untuk menggunakan semula ikan didalam kuah sebagai lauk goreng untuk mereka.




Adakalanya saya tukar juga menu ikan yang diangkat dari kuah singgang ni dengan ikan masak cuka.. Sungguh berselera suami dan anak2 menghabiskan hidangan. Tiada yang lebih gembira bila melihat mereka makan dengan berselera dan memuji masakan mama sedap 😁. 

Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kurniaan rezeki.

Oh ya, untuk resepi ikan masak cuka boleh semak DISINI

No comments:

Post a Comment