Pages

PELBAGAI TUDUNG JENIS BAWAL DAN ALA ARIANI..... APALAGI JOM TENGOK!!!!

Ciktie Textile terletak di Kota Bharu Kelantan. Ciktie textile merupakan salah satu syarikat pembekal atau pemborong terbesar di Kota Bharu.

Selain tudung bawal dan tudung ala ariani... ciktie ada pelbagai produk untuk dikongsi.... seperti tudung syria, tudung jilbab, octant, batu permata jenis sworoski dan BJ, manik2, telekung sembahyang, kain batik sarung, kain pelikat, baju kemeja batik dari pelbagai fabrik, steam press, hot fix applicator.

Selain itu juga, ciktie textile menerima tempahan baju uniform atau t-shirt secara pukal dengan harga yang tersangat menakjubkan!!! so, tunggu apalagi jom shopping!!!

Thursday, June 24, 2021

IKAN TONGKOL MASAK CUKA


Setiap kali saya memasak ikan singgang, selalu saja isi ikan didalam kuah tidak terusik. Boleh dikatakan kami semuanya tak makan isi ikan tersebut. Kalau ada pun yang makan, hanya sekeping saja. Kami semua sangat menggemari kuah ikan singgang, tapi hairan juga kenapalah kami tidak memakan isi ikan tersebut 😅😅. 

Kerap kali juga isi ikan tersebut pengakhirannya dibuang ke tong sampah 😭. Berdosanya,  rasa berat di dada bila makanan buang

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." 😓😓😓

Kemudian saya terfikir untuk mengambil isi ikan dari kuah singgang yang sudah dimasak dan mencuba untuk menginovasikan isi ikan tersebut menjadi lauk masakan lain yang boleh di makan bersama kuah singgang.

Dan akhirnya saya memilih untuk membuat ikan tongkol masak cuka… Alhamdulillah hasilnya, ikan tongkol ni pula yang menjadi rebutan. Alangkah bahagianya rasa bila semuanya habis dimakan, malahan mendapat pujian pula. 🥰🥰

Jom sama-sama kita lihat resepi ikan tongkol masak cuka.

Bahan bahan:
4 keping ikan tongkol termasuk bahagian ekor
Garam
Serbuk kunyit
2 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah 
7 biji cili padi
½ sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
½ batang lobak merah - tak letak
½ batang timun - tak letak
Garam
Gula 

Bahan hiris:
1 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 

Cara cara:
Lumurkan ikan tongkol dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lagi sedap jika menggunakan minyak goreng ikan td. Cuma perlu buangkan sedikit minyak menggoreng tersebut. Kemudian, masukkan serbuk kunyit.

Masukkan sedikit air dan cuka. Masak sehingga mendidih. Masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi. Masukkan garam, gula, lobak merah, timun batang dan ikan yang telah digoreng tadi.

Masak dengan api perlahan sekejap supaya ikan sebati dan meresap dengan kuah. Pecahkan isi ikan tongkol kepada bahagian-bahagian kecil dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. Makan bersama ikan singgang sangat sedap dan sepadan 😁. Resepi ikan singgang boleh dirujuk DISINI

Selamat mencuba






No comments:

Post a Comment